31 January 2011

Pergolakan di Mesir....Selamatkan sahabat-sahabatku...Amin.....

Beberapa hari kita asyik mendengar berita tentang pergolakan yang berlaku di Mesir.....Aku berasa turut simpati tentang apa yang berlaku di negara yang selama ini cukup dikenali dengan keamanan dan keharminiannya....Tapi dengan tiba-tiba negara itu mengalami pergolakan dan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan berjaga-jaga.....

Sudah tentulah ibubapa pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana berasa sangat bimbang dan risau tentang keselamatan anak-anak mereka....Sehingga hari ini kerajaan belum lagi mengarahkan pelajar-pelajar Malaysia untuk dibawa pulang....Tetapi sepanjang pengetahuan saya, kerajaan Singapura telah pun mengarahkan pelajar-pelajar Singapura dibawa pulang ke negara mereka....




Apa yang saya tau, bilangan pelajar Malaysia yang berada di sana sangatlah ramai dan diantara mereka juga adalah terdiri daripada sahabat-sahabat saya yang sama2 berjuang semasa si secondary school dahulu.....Saya doakan semoga mereka semua dilindungi oleh Allah SWT selalu...Dan saya juga berharap agar mereka semua akan pulang dengan selamatnya ke pangkuan keluarga mereka di Malaysia....Amin....

 SEKUMPULAN penduduk mengadakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan perumahan mereka di Cairo, semalam.

No comments:

Post a Comment